Tuesday, October 13, 2015

PENGENALAN

1.    PENDAHULUAN

Program berbasikal ini merupakan satu usaha penduduk setempat bersama pihak D Hotel Seri Iskandar Perak bagi menjayakan pelbagai program kesukanan dan sahsiah penduduk-penduduk di Seri Iskandar tentang pentingnya menjaga kesihatan. Pengembelingan tenaga persatuan-persatuan dan Kelab Sukan Komuniti adalah landasan utama bagi menjayakan visi dan misi program ini. Disini pihak penganjur mengaharapkan sokongan padu semua warga di Seri Iskandar untuk menjayakan program ini. Penekananan aktiviti ini adalah kepada pemanduan kayuhan beramai dan berhemah serta menguji kecergasan mental dan fizikal melalu aktiviti penjelajahan berbasikal.

Penyertaan aktiviti konvoi berbasikal ini terdiri daripada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun usia. Tujuan Utama adalah bagi membawa kesedaran tentang kebaikan beriadah ataupun bersukan untuk semua golongan kearah kehidupan yang lebih sihat disamping menarik golongan tersebut agar melibatkan diri dengan kerja amal terhadap masyarakat. Aktiviti Ini juga dapat membantu belia-belia yang terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri serta tidak berfaedah kepada kehidupan yang lebih cergas dan sihat. Selain daripada itu juga, masyarakat tempatan dapat menjelajah destinasi-destinasi yang menarik dan rasa menanam rasa kecintaan kepada kampung halaman sendiri.


2.    OBJEKTIF

2.1    Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menggalakkan amalan cara hidup sihat (aktiviti riadah dan kecergasan sebagai satu ibadah) disamping mempromosi aktiviti berbasikal yang semakin popular pada hari ini. 
2.2    Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar serta merapatkan hubungan diantara masyarakat.
2.3     Merapatkan silaturrahim bersama di kawasan Seri Iskandar tanpa mengira kaum dan disamping itu juga, dapatlah merapatkan hubungan mereka dengan pemimpin masyarakat.
2.4     Memupuk amalan kerjasama dan gotong-royong di dalam jiwa masyarakat serta memahami kehidupan bermasyarakat dan memupuk nilai-nilai murni di dalam diri individu.
2.5    Memenuhi citarasa mereka dengan pengisian aktiviti berbasikal secara konvoi
2.6    Menarik seberapa ramai generasi muda untuk menyertai program ini supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh membahayakan diri sendiri.